Skip to main content
Continue Shopping

Dropship Standard Membership

RM50.00

Jadi sebahagian dari kami dengan menjadi dropship!

Yuran Pendaftaran sebanyak RM50 akan dikenakan kepada anda dan ianya SEKALI SEUMUR HIDUP!

Daftar di halaman ini dengan ‘ADD TO ORDER” dan membuat pembayaran (di bahagian bawah halaman ini), anda akan menerima sehelai (1) SHAWL PUDORE (dipilih secara rawak oleh kami) secara PERCUMA dan kos penghantaran secara PERCUMA ke rumah anda sebagai tanda penghargaan dari pihak kami.

 

Adakah yuran komitmen dikenakan untuk menyertai program drop-ship ini?

Ya, sebanyak RM50 sahaja dikenakan (sekali seumur hidup). Sekadar untuk melihat kesungguhan dan komitmen dropshiper yang mendaftar. Selepas itu anda boleh membeli di website seperti biasa dengan harga drop-ship. Anda juga akan di invite ke komuniti Telegram kami untuk berbincang dan mengemaskini perkembangan terbaru PUDORE.

DENGAN RM50 YURAN SEUMUR HIDUP ANDA AKAN MENDAPAT:-

  • PERCUMA sehelai (1) SHAWL PUDORE
  • PERCUMA PENGHANTARAN*

*Hanya untuk penghantaran SHAWL tersebut sahaja.

 

Adakah ejen drop-ship dibenarkan untuk menjual dengan harga yang lebih murah, mahal atau menawarkan program diskaun sendiri?

Kami TIDAK MEMBENARKAN para ejen dropship kami untuk menjual dengan harga yang lebih murah daripada harga jualan (retail price) di laman web kami untuk bersikap lebih adil kepada semua ejen. Jika didapati ada drop-ship yang menjual harga lebih mahal atau murah, kami akan mengambil tindakan sewajarnya kepada dropship tersebut.

 

Adakah PUDORE menetapkan tempoh percubaan dan “TARGET SALES” kepada ejen drop-ship ?

Ya, kami menetapkan tempoh percubaan selama tiga (3) bulan dan juga ‘sales target’ secara bulanan kepada semua ejen drop-ship kami sekurang-kurangnya RM900 sebulan. Sekiranya didapati ada ejen yang tidak mencapai target yang ditetapkan selama tiga (3) bulan berturut-turut selepas tempoh percubaan, ejen dan pihak Pudore akan mengadakan perbincangan tertutup untuk mengenalpasti kelemahan dan perbaiki. Ejen drop-ship yang inactive selama tiga (3) bulan berturut-turut secara automatic akaun anda akan dibatalkan.

 

Bagaimana cara untuk memuatturun gambar-gambar dan poster-poster bagi tujuan pemasaran?

  • Cuma login ke dalam akaun anda, kami telah menyediakan sebuah butang khas ‘Download Dropship Marketing Tools’ dibahagian ‘My Account”. Sila klik pada butang tersebut.
  • Setelah klik pada butang ‘Download Dropship Marketing Tools’, anda kini sudah berada di halaman baru di mana anda akan dapat melihat terdapat gambar-gambar untuk anda muat turun gambar-gambar dan poster-poster bagi tujuan pemasaran yang telah kami muat naik untuk dikongsikan bersama. Sila klik pada gambar tersebut dan save.

 

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya gambar produk yang anda perlukan tiada dalam galeri.

Save as gambar-gambar dari katalog kami, copy & paste maklumat produk yang ingin anda jualkan. Pos kan gambar-gambar dan maklumat yang anda perolehi ke medium pemasaran anda seperti website atau blog atau medium media social seperti Facebook, Twitter dan whatsapp. Kami juga menggalakkan anda untuk menggunakan pengubahsuaian pada ayat sekiranya anda mempunyai idea yang lebihmenarik bagi tujuan pemasaran yang lebih berkesan. Anda juga digalakkan untuk share, repost, dan copy paste semua promosi kami.

p/s : Kami juga menggunakan aplikasi Telegram untuk memberikan gambar-gambar promosi (anda akan di invite masuk selepas mendaftar).

 

Adakah ejen Dropship PUDORE boleh membuat pembelian di laman web dan butik ?

Tidak, ejen drop-ship hanya boleh membuat pembelian di laman web sahaja. Pembelian di butik akan dikenakan harga biasa, bukan harga dropship.

 

Bagaimana cara untuk melakukan order / pembelian di laman web?

  1. Setelah anda mengambil order dan pembayaran daripada pelanggan (bergantung kepada cara anda sendiri), anda perlu meletakkan order melalui laman web kami menggunakan akaun anda.
  2. Pihak kami akan menghantar pembelian tersebut terus ke alamat pelanggan anda yang biasanya mengambil masa dalam 1 hingga 3 hari untuk Malaysia dan 5 hingga 7 hari untuk penghantaran keluar Malaysia.
  3. Sila pastikan juga anda telah membuat 1 pembelian bagi 1 alamat pelanggan anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 2 pembelian daripada 2 orang pelanggan berlainan alamat, sila lakukan 2 pembelian berasingan.
  4. Sila pastikan anda meletakkan butir-butir pelanggan anda semasa membuat order. Contoh, alamat dan no telefon pelanggan anda sebagai butir-butir penerima, bukan sebaliknya. Kesilapan dalam memberikan maklumat yang berpunca daripada anda sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak kami.
  5. Semasa membuat pembayaran ke akaun PUDORE RESOURCES, sila nyatakan Order ID dan letakkan email [email protected] di kolum recipient email (maybank2u).
  6. Untuk mengetahui cara-cara membuat order di website PUDORE boleh refer link https://www.pudore.com.my/pudore-info/how-to-order/

Klik “ADD TO ORDER dan jadi ahli sekarang!

SKU: DS-PH Category: Brand: .

Billing Details

Additional Information

Your order

Product
Quantity
Total
Cart Subtotal RM0.00
Order Total RM0.00
  • Pay with Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, FPX

Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start